Manual Pengajian Tahfiz Akademi Darul Huffaz

Ini adalah artikel yang dihasilkan oleh saya, Sheikh Lokman Shazly Al-Hafiz Bin Dato Seri Azlanii Zaharin untuk menerangkan manual tahfiz / kaedah guna pakai pengajian tahfiz di Akademi Darul Huffaz. Saya amat berharap para penyelia ADH, guru-guru Tahfiz ADH, ibubapa, penjaga dan pelajar sendiri menghayati penulisan ini. Kerjasama anda semua adalah pendorong kejayaan pelajar-pelajar ini mencapai matlamat pengajian Tahfiz mereka.

MANUAL PENGAJIAN  TAHFIZ AKADEMI DARUL HUFFAZ

BUKU TAHFIZ
Buku apa yang dipelajari oleh anak-anak dalam jurusan tahfiz ini hari-hari?
Dalam pengajian Tahfiz ini amat berbeza dengan pengajian akademik maupun pengajian subjek-subjek agama yang biasa dipelajari di sekolah agama. Dalam pengajian Tahfiz, buku yang sama akan digunakan dari awal hingga tamat bertahun-tahun lamanya hingga bawa ke mati iaitu Al-Quran, buku yang sama tapi tak pernah jemu! Ia adalah sebuah pengajian yang tinggi seninya, pengajian yang mensyaratkan kesucian sentiasa dengan arahan Ilahi, ‘Jangan sentuhnya melainkan mereka yang suci/berwudhu’, anak-anak sentiasa dalam keadaan berwudhu’, memastikan peradaban yang kaya, budi pekerti yang mulia, penghormatan yang tinggi kepada guru, penjagaan mata & mulut setiap masa. Anak-anak yang  terisi dalam dada mereka juzu’-juzu’ Al-Quran tak mungkin menjadi bangsa perosak, mayat bernyawa, mat rempit, kaki perempuan & kaki arak. Suatu masa ketika mereka kecil,  mereka menjaga Quran, selagi mereka menjaganya maka Quran yang sama akan menjaga mereka ketika mereka besar.

KITAB SAMPINGAN TAHFIZ
Saya amat menggalakkan supaya pelajar-pelajar mendampingi Kitab  Terjemah Al-Quran Perkata, Terjemah Ayat dan Tafsir, Kitab Tafsir pula pilihan utama saya ialah Kitab Klasik Tafsir Jalalain, saya amat sukakannya sehingga kini tetap pilihan utama saya kerana keajaiban pengarangnya yang kembar nama dan gayanya yang sederhana tidak terlampau ringkas & tak terlampau panjang. Kini macam -macam jenis Quran Terjemah boleh di dapati di pasaran Al-Quran yang dilengkapi dengan Terjemah & Tafsir di lembaran yang sama. Amat menyenangkan! Tak sama ketika saya menghafaz dulu, dari Malaysia saya bawa berjilid-jilid buku terjemah dan tafsir serta kamus kerana ketika itu tidak ada kitab Quran 3 in 1 seperti sekarang…malah 7 in 1 pun ada!.

SUBJEK TAHFIZ
Sepanjang hari belajar, masa untuk akademik hanyalah 2.5jam, yang bakinya diperuntukkan untuk pengajian tahfiz. Dalam kelas tahfiz, dibahagikan kepada beberapa subjek dengan nama yang saya berikan seperti berikut;

1.1) ‘TALAQI’: ialah pelajaran memperbetulkan bacaan bertajwid pada jumlah bacaan yang akan dihafal pada hari tersebut.

1.2) KAEDAH TALAQI: Ia diperdengarkan pada satu waktu yang ditentukan guru sebelum mula menghafal. Sama ada guru akan memperdengarkan bacaan sambil diperhati oleh murid kemudian murid pula akan perdengarkan kepada gurunya atau gurunya terus sahaja mendengar bacaan muridnya dan dimana salah akan ditegur.Akan terjadi suatu tahap yang mana guru tidak akan lagi bertalaqi dengan pelajar sekiranya guru tersebut sudah berpuas hati dengan pencapaian yang sedia ada pada muridnya itu. Maka sebarang tindakan  pembetulan akan dipindahkan ketika pelajar mentasmi’ sabaqnya dihadapan gurunya.

2.1) ‘SABAQ’ ialah pelajaran hafazan terbaru hari tersebut.

2.2) KAEDAH SABAQ: Ia bergantung kepada kemampuan dan kesesuaian pelajar untuk berapa banyak baris dia boleh menghafal dalam tempoh yang dibenarkan. Tempoh yang disarankan untuk menghafal sabaq baru ialah hanya 45minit hingga sejam. Ada pelajar yang tamak, mereka mahu menghafal sebanyak mungkin dalam satu hari atau mereka mensasarkan contohnya satu mukasurat tetapi masa yang diperlukan sampai 2 jam, sebenarnya mereka telah menyalahgunakan pembahagian masa walaupun mereka dapat hafal banyak.
Dengan menghafal banyak pada masa yang berlebihan akan mengakibatkan hafalan menjadi lemah kerana tempoh mengulang sudah amat terhad. Kaedah yang baik ialah setelah 45minit menghafal dan telah disemak & diluluskan oleh guru, pelajar tersebut mesti mengulangi hafalannya sehingga 40kali atau kalau boleh 60kali atau 100kali sebelum memulakan sabqi. Berapa lama pula masa diperlukan untuk mengulangi sabaq 40x, 60x & 100x? Bagaimana mengulanginya,duduk/berjalan/solat/baring sehingga terlelap & termimpi?
Setelah menghafal dan sudah berupaya memperdengarkan tanpa melihat, pelajar akan perdengarkan kepada rakan disebelah sambil diperiksa oleh rakan tersebut kemudian pelajar itu akan melangkah menuju kepada gurunya untuk diperdengarkan kepadanya sehinggalah hafalannya diperakui, jika tidak, dia perlu memantapkan lagi hafalan sehingga guru betul-betul berpuas hati. Hafalan mesti dihafal sendiri, tiada siapa orang lain yang boleh tolong hafal untuknya melainkan dia sendiri yang hafal sehingga ingat, jadi amat jelas kalau pelajar itu malas/kantoi maka dia tak  dapat perdengarkan sabaqnya. Sebab itu waktu sabaq, ramai pelajar yang suka melambat-lambat kerana usaha menghafal mereka masih belum cukup, yang kantoi pula akan beri alasan sakit, demam, sakit kepala dsb. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang konstan/tetap & mantap, tepat pada masa sabaq dikehendaki, pasti mereka akan kehadapan untuk perdengarkan.
3)PARA SABAQ(to be continued)
4) ‘SABQI’ ialah pelajaran hafazan-hafazan yang terkini yang baru sahaja dihafal dalam tempoh 2 minggu hingga sebulan terakhir bergantung kepada jumlah hafazan yang dihasilkan setiap hari. Lazimnya sabqi diperdengarkan sebanyak 10-20 mukasurat setiap hari. Ia juga bergantung kepada jumlah hafazan yang sudah dikuasai. Kalau bawah 2 juzu’ maka setengah juzuk atau 10 mukasurat terbarulah sabqi, yang selebihnya manzil. Kalau sudah melebihi 2 juzu’, maka amat ditekankan sabqi sepatutnya dibaca 3/4juz -15mukasurat terakhir  atau 1juzu’-20mukasurat terakhir dan yang selebihnya manzil. Sabqi boleh didengari terus oleh guru atau guru mengarahkan rakan untuk menyemak setiap hari.
5) ‘MANZIL’ adalah subjek bacaan selebihnya daripada sabqi. ‘Manzil’ sendiri terbahagi kepada dua;
a)manzil tasmi’
b)manzil infiradi
Manzil tasmi’ adalah manzil rasmi yang diperdengarkan dalam kelas kepada guru atau kepada rakan yang dipilih guru untuk menyemak. Jumlahnya bergantung kepada jumlah hafazan serendah 10 mukasurat sehingga sebanyak 2 juzu’. Dan bacaan setiap hari adalah mengikut susunan sehingga melalui semua juzu’-juzu’ hafazan dengan teratur
Manakala manzil sendiri adalah bacaan juzu” sendiri sama ada dalam kelas atau di luar ketika rehat.
Ketika saya menghafaz Quran dulu, amalan harian saya mencecah 15-20 juzu’ jumlah bacaan, begitu juga saya inginkan anak murid – anak murid saya mencapai jumlah bacaan harian mereka sedemikian.
6) ‘MUTHOLA’AH’ [Perkara kelima ini sebenarnya terletak sebelum perkara (1) tetapi bukan diamalkan di dalam kelas tetapi pengamatannya di luar kelas ketika rehat, ini adalah kerana masa kelas adalah amat terhad lagipun ia hanya tambahan.]
Setiap hari untuk sabaq baru yang saya akan hafal, terlebih dahulu di waktu rehat saya akan melihat kitab terjemah ‘perkata’ kemudian diiringi dengan kitab terjemah ‘ayat’ kemudian kitab ‘tafsir’, sehinggalah saya menguasai makna & maksudnya, kemudian ketika kelas bermula, saya mula menghafaz, mengulang-mengulang ayat yang hendak dihafal dengan menyegarkan kembali memori terjemahan sehingga saya membaca dengan penuh erti sambil menghayati makna-maknanya

7) ‘KITABAH’ (to be continued)

FOTOGRAFIK MEMORI & AUDIO MEMORI (to be continued)
RENTAK BACAAN (to be continued)
JUMLAH ULANGAN QURAN YANG DIPERLUKAN SEORANG HAFIZ(to be continued)
TEORI ALFATIHAH(to be continued)
KETEGASAN GURU & KERJASAMA IBUBAPA DALAM PERKARA INI(to be continued)
SIKAP & PERADABAN KETIKA DI DALAM KELAS TAHFIZ(to be continued)
ROTAN & PENGGUNAANNYA(to be continued)
JOURNAL TAHFIZ
KAEDAH ISYARAT DI DALAM KELAS TAHFIZ

 

11 Comments

  • Jovan Pasculli Posted January 14, 2013 9:46 pm

    mantap… yang pasti semua diawali dari yang kecil ( langkah pertama)

  • Jani Whiting Posted January 14, 2013 9:55 pm

    good artikel bro.. 😀

  • Terbaru SoftwarePSR Posted February 8, 2013 6:54 pm

    Artikel yang bagus pak… Wah pengen terkenal juga nih. hehehe

  • Abdul Posted July 13, 2013 8:17 am

    Ustad assalamualaikum

    Tanya, untuk pelajar luar negara apakah ada asrama?

    Terima kasih sasalam

    • admin Posted July 14, 2013 12:17 pm

      Ya, ada disediakan.

  • Arina Ariff Posted August 17, 2013 1:32 am

    Ustaz, saya Arina dan 12 tahun. Saya akan daftar sekolah tahfiz itu pada tahun hadapan. Adakah kita akan menduduki peperiksaan PMR (jika masih ada) jika kita sekolah tahgiz di situ?

  • admin Posted December 10, 2013 12:52 pm

    Cik Arina, kami difahamkan bahawa PMR sudah berakhir 2013, apa juga peperiksaan yang menggantikan PMR akan kami teruskan.

  • Asiah Posted June 26, 2014 10:10 am

    salam ustaz ,
    saya berumur 55 tahun dari singapura tapi menetap di johor taman pulai bayu. Saya berminat untuk memasuki klas tahfiz dan mempelajari ilmu alquraan. Saya bolih membaca alquraan tapi tajwidnya banyak kekurangan. Saya memang dah lama mencari klas dan sekolah untuk mendalami alquraan dan penghafalan dan bahasa arab. Bolihkah saya berdaftar di sekolah tahfiz ustaz? jika bolih bilakah hari pendaftaran yg sesuai untuk klas ini.

    terima kasih .

    Admin reply,
    MasyaAllah bagusnya niat tuan, sangat mulia dan tak mustahil. Teruskan usaha. Jemputlah ke cawangan kami di Skudai, sila hubungi
    Penyelia, Puan Fazilah 016771 0992
    atau
    Ustaz Abdullahi 0182194662

    Banyakkan berguru tak kisah di mana-mana selagi guru itu mursyid.
    Nanti bila jalan-jalan ke KL singgahlah di HQ kami di Putra Kajang

  • asma Posted December 7, 2014 5:26 pm

    assalammualaikum ustaz…
    saya berminat untuk hantar anak ke tahfiz Akademik Hufaz.Masalahnya anak saya takde pendedahan tentang subjek2 yg perlu diambil oleh bakal hufaz sebab sekolah kebangsaan. Boleh ke kalau nak cuba belajar tahfiz sini. Dia dapat 4A 1B UPSR 2014 baru ni? Tlg ustaz . Terima kasih

    Admin replied….

    Waalaikumsalam,
    Maaf kerana lambat menjawab.
    ADH tidak mensyaratkan kelulusan sekolah Agama untuk kemasukan ke Tingkatan Satu, cuma kami bersikap ‘1st come 1st serve’….Siapa dulu, dia dapat!
    Boleh cuba lagi kalau ada rezeki. Datanglah untuk sesi temuduga.

    Yang benar,
    Ustaz Lokman Shazly Dato Seri Zaharin

  • asma Posted December 7, 2014 5:29 pm

    Ada tak cawangan kelas tahfiz di Lipis atau yg paling dekat. Tlg maklumkan tempat dan no.tel.
    Terima kasih semua.

    Admin replied…

    Salam,
    Maaf, kami tiada cawangan di sekitar Pahang

  • Jamal Khair Nasmian Posted January 7, 2015 1:00 pm

    Assalamualaikum tuan,

    Saya ada anak tahfiz,telah tamat 30 juzuk, sekarang baru masuk semula maahad tahfiz utk sambung Syahadah. setelah tamat syadahah nanti(bulan June 15) saya plan nak hantar dia belajar akedemik asas utk ambil SPM, adakah maahad tahfiz tuan ada program fast track utk SPM.

    Sekian TQ

    Admin replied,
    Waalaikum salam
    Syukur & sangat bertuah memperolehi anak yang sudah menghafaz 30 juzuk, Tahniah!

    Kami ada sediakan fast track untuk SPM tetapi setara mana kemampuan pelajar tersebut perlu diuji.
    Kalaulah sudah merancang untuk menyambungkan anak ke jurusan akademik, sudilah berjumpa & bersemuka dengan kami di HQ ADH Kajang, InsyaAllah lebih penjelasan akan diperolehi.

    Yang benar,
    Ustaz Lokman Shazly

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Phone: +603.8740.4043
Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Malaysia
ADH Head Quarters. No.5-G, Jalan Putra 4
Style switcher RESET
Body styles
Color settings
Link color
Menu color
User color
Background pattern
Background image