Kursus Perakuan Mengajar Negeri Selangor

Kursus Perakuan Mengajar Negeri Selangor

KURSUS PERAKUAN MENGAJAR GURU SEKOLAH-SEKOLAH ISLAM PERSENDIRIAN/SWASTA NEGERI SELANGOR SIRI 2 TAHUN 2016.

Pada hari ini, sebahagian guru-guru Akademi Darul Huffaz telah terpilih untuk menyertai Kursus Perakuan Mengajar Guru Sekolah-Sekolah Islam Swasta. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor.

Tarikh : 12 November 2016 (Sabtu)

Masa : 8:00 pagi hingga 5:30 petang

Tempat : Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.

 

dsc_5766

Kursus ini dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Tuan Hj. Mohd Basori bin Umar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah. Kursus ini diteruskan dengan pembentangan yang diberikan oleh Ustaz Khairiamri bin Ahmad, Penolong Mufti, Jabatan Mufti Selangor. Slot 1 ini bertajuk “Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Perbandingannya” .

dsc_5772

Pada 11 pagi , slot kedua bagi kursus ini dijalankan. Slot kedua ini disampaikan oleh Sheikh Maqari’ Hj. Othman bin Hamzah. Beliau merupakan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS. Tajuk bagi slot kedua ini adalah “Al-Quran Wal Ulum”.

 

Di sebelah petang, kursus ini diteruskan dengan pembentangan berkenaan Bahagian Pendidikan. Pembentangan ini bertajuk “Peraturan Pengawalan Sekolah Islam Dan Tanggungjawab Guru (Institusi Tahfiz Swasta)” kali ini disampaikan oleh Ustaz Abdul Basir bin Mohd Anuar, Penolong Pengarah Unit Pendaftaran.

 

 

 

 

 

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Phone: +603.8740.4043
Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Malaysia
ADH Head Quarters. No.5-G, Jalan Putra 4
Style switcher RESET
Body styles
Color settings
Link color
Menu color
User color
Background pattern
Background image