Jelajah Al-Quran Bergerak Siri ke-2, Kuantan & Gambang

JELAJAH AL-QURAN BERGERAK SIRI KE-2 UNTUK PELAJAR ADH TINGKATAN 1,2&4 LELAKI

Salam ibu bapa dan penjaga pelajar lelaki ADH tingkatan 1,2&4

Memandangkan hujung tahun makin hampir, peperiksaan juga makin hampir, serta program cuti sekolah juga akan bermula di ADH, penggunaaan bas untuk tujuan aktiviti makin padat dan sukar untuk melakukan trip jauh. Jadi saya mencadangkan minggu ini yang sebenarnya minggu balik diisi dengan aktiviti jelajah dan minggu hadapan diberi kebenaran balik bermalam bagi mereka yang mengikuti program jelajah ini. Walaubagaimanpun trip ini TIDAK DIWAJIBKAN. Ia sebenarnya untuk menarik minat pelajar untuk terus baca Al-Quran walaupun di masa cuti. Terbukti pada Siri Pertama Jelajah Al-Quran untuk pelajar Form 3 & Standard 6, pelajar berjaya membaca Al-Quran sebanyak 10 juzuk sehari dan ada yang istimewa mampu membaca 15 hingga 30 dalam sehari. Saya memohon ribuan kemaafan jika tuan & puan dapati program ini dimaklumkan lewat atau saat-saat akhir, ini kerana saya baru sahaja pulang dari Jelajah Siri-1. Hanya kerana merasakan kebaikan dari segi tarbiah Al-Qurannya itu perlu, saya rasa adalah baik bagi sesiapa yang berkebetulan bersedia dan tiada halangan.

JELAJAH AL-QURAN BERGERAK
Program Jelajah al-Quran Bergerak ialah sebuah program yang sangat menarik dan sangat berfaedah. 2 dalam 1; Jelajah & Al-Quran Bergerak.

Jelajah bermakna melawat ke sesuatu tempat untuk pendedahan pembelajaran dan keterbukaan minda. Sementara Al-Quran Bergerak bermaksud mendidik pelajar tahfiz supaya membiasakan diri membaca Al-Quran dalam berbagai keadaan di mana dan bila-bila masa sebanyak yang mungkin. Untuk galakan,  hadiah ditawarkan kepada peserta terbanyak membaca Al-Quran kemudian tempat kedua dan ketiga serta saguhati. Sila baca artikel Jelajah Al-Quran Bergerak Siri-1

Jelajah Al-Quran Bergerak kali ini sepatutnya akan pergi ke Tasik Kenyir, tetapi disebabkan pada saat bermula perjalanan, bas 44 seater mengalami masaalah pendawaian menyebabkan kami terpaksa menukar kepada bas Coaster 30 seater dan sebuah kereta. Route perjalanan terpaksa ditukarkan kepada Pantai Teluk Cempedak, Kuatan & Gambang Waterpark

TEMPOH PERTANDINGAN BACAAN QURAN
Bermula: 5.30pm Jumaat 6.11.2015
Tamat: 7.00pm Ahad 8.11.2015

PENGALAMAN SAYA
Saya berkongsi dengan anak-anak murid saya mengenai perjalanan saya ke Afrika Selatan melalui Saudi, Sudan & Kenya selama 18jam pada bulan september 2015 yang lepas yang mana total perjalanan tersebut saya berjaya tamatkan 30juzuk sepanjang penerbangan sehala, dan ketika pulang sekali lagi 30juzuk ditamatkan hingga mendarat kembali di KLIA. Alhamdulillah langit, lautan dan muka bumi benua-benua menjadi saksi!

KEMUSYKILAN
Mungkin timbul persoalan, membaca itu tidak baik di dalam kereta dan bas kerana ia akan merosakkan penglihatan disebabkan getaran?
Ya, memang membaca di dalam kenderaan  itu tidak baik untuk penglihatan tetapi bacaan seorang hafiz Quran, dia hanya memandang perkataan yang dia lupa atau syak sahaja, maka itu tidak mengganggu penglihatan kerana dia tidak membaca dengan daya fokus mata tetapi hanya dengan fokus ingatan sahaja

 

TENTATIF PERJALANAN
HARI 1
JUMAAT 6 NOVEMBER 2015
9pm Bertolak dengan bas dari ADH Putra Kajang

SABTU 7 NOVEMBER 2015
6am
Sampai R&R Temerloh
Solat Subuh berjemaah

9am
Sampai di Pantai Teluk Cempedak
Beriadhah & berekriasi
santai & makan ringan

1pm
Solat Jama’ Zuhur & Asar
Makan Tengahari
Tiba di Gambang Waterpark

7pm
Solat Jama’ Maghrib & Isyak
berangkat pulang ke KL.
Ahad 8NOVEMBER2015
1am
Bas tiba di ADH Putra Kajang

PERBELANJAAN
Perbelanjaan yang disarankan ialah;
RM30 untuk masuk ke dalam Water Park
RM50-100 untuk belanja makan & minum
Kos penginapan (jika perkhemahan), perjalanan, motivasi & pemantauan guru pengiring disediakan oleh ADH

GANTIAN
Untuk pelajar yang menyertai program ini diberi kebenaran pulang bermalam untuk minggu seterusnya sebagai gantian

KIRIMAN WANG BELANJA
Jika ibubapa tidak sempat untuk menyerahkan duit belanja kepada anak-anak, ibu bapa bolehlah kirimkan wang ke akaun;
AKADEMI DARUL HUFFAZ
MAYBANK 562021607985
dan whatsApp kan bukti kiriman kepada saya di talian 0193119991

BAGAIMANA PERKIRAAN DIBUAT?
Setiap pelajar akan dibekalkan buku nota kecil dan pen untuk catatan jumlah bacaan. Perkiraaan dibuat mengikut jumlah berapa kali juzuk dibaca dan diulang. Contohnya pelajar itu baru sahaja menghafaz 2 juzuk (Juzuk 29 & 30). Maka dari KL ke Kuantan, dia akan ulang juzuk ke30 seberapa mungkin, walaupun dah sampai dan sudah mula aktiviti di Gambang  walaupun sibuk bermandi manda di Water Park , ia tidak menghalang anak-anak ini dari tidak dapat membaca Al-Quran sehinggalah malam. Berapa agaknya anak ini mampu membaca kalaulah lumrah bacaan sejuzuknya dalam 30minit sejuzuk? Kita saksikan nanti!

Begitu juga keesokkannya, dia akan mula membaca juzuk ke29, dari awal pagi hinggalah ke lewat malam sehingga sampai pulang ke Kajang.  Berapa agaknya dia mampu mengulang juzuk ke29 sepanjang hari itu dengan acara yang berbagai. Kita saksikan nanti!

SIAPA PENGADILNYA?

Bila sampai KL/ADH Putra Kajang, dia akan serahkan catatannya kepada saya.  Saya akan menjumlahkan juzuk bacaan dan akan menentukan siapakah pembaca yang terbanyak.

BAGAIMANAKAH IA DINILAI?
Hanya Allah yang tahu siapakah yang terbaik! Dari segi nilai keikhlasannya, saya serahkan sebulatnya kepada Ilahi. Sememangnya Allah menilai yang terbaik, bukan yang terbanyak. Namun, didalam bidang hafazan ini, untuk mencapai nilai terbaik perlukan nilai jumlah ulangan bacaan yang banyak sehinggalah bacaannya sebati dengan ingatan dan lidahnya. Saya akan menilai pelajar-pelajar ini jujur dan benar di dalam catatan mereka. berapa yang mereka catatkan, itulah perkiraan saya.

Tempat Pertama: Yang terbanyak jumlah juzuk bacaannya
Tempat Kedua: Yang kedua terbanyak jumlah juzuk bacaannya
Tempat Ketiga: Yang ketiga terbanyak jumlah juzuk bacaannya

Di dalam rombongan ini, lain pelajar lain jumlah hafazan mereka, ada yang 2 juzuk, 3, 5, 10 dsb.nya.  Jadi olahan bacaan juzuk mereka terpulang kepada rentak dan pilihan masing-masing.

Memandangkan program lawatan ini akan berlansung selama 2 hari 3 malam, marilah kita lihat sejauh manakah keberkesanan program ini untuk menghasilkan juara, naib juara & tempat ketiga pembaca Al-Quran dan berapakah jumlah bacaan juzu’Al-Quran yang mereka akan hasilkan nanti secara individu & secara jemaah.

SARINGAN / PENYINGKIRAN
Peserta yang jumlah bacaannya kurang dari 10 Juzuk adalah tersingkir untuk kelayakan mendapat saguhati

WANG HADIAH

Hanya Allah Taala lah yang terbaik hadiah & ganjaran pahalaNya di dunia & akhirat!

Ibubapa, penjaga, rakan-rakan ibubapa dan semua pembaca yang berminat untuk membuat kebajikan, gembirakanlah Allah dengan memberi hadiah seberapa yang anda senang dan tidak membebankan.

Untuk memberi semangat dan galakan, sedikit hadiah wang tunai akan diberi kepada pemenang-pemenang.

Tempat Pertama: Yang terbanyak jumlah juzuk bacaannya (15% dari kutipan)
Tempat Kedua: Yang kedua terbanyak jumlah juzuk bacaannya (10% dari kutipan)
Tempat Ketiga: Yang ketiga terbanyak jumlah juzuk bacaannya (5% dari kutipan
Tempat Umum: Yang dibawah jumlah juzuk bacaannya dari tangga ketiga (20% dibahagi sama rata dari kutipan)
Bakinya sumbangan kebajikan kepada Akademi darul Huffaz yang mempunyai 350 orang pelajar ( 50% dari kutipan)

Maknanya, jika kutipan untuk program ini bernilai RM100;
Tempat Pertama:  RM15 dari kutipan
Tempat Kedua: RM10 dari kutipan
Tempat Ketiga: RM5 dari kutipan
Tempat Saguhati semua peserta: RM20 dibahagi sama rata dari kutipan
Bakinya sumbangan kebajikan kepada Akademi darul Huffaz yang mempunyai 350 orang pelajar  RM50 dari kutipan

Maknanya, jika kutipan untuk program ini bernilai RM1000;
Tempat Pertama:  RM150 dari kutipan
Tempat Kedua: RM100 dari kutipan
Tempat Ketiga: RM50 dari kutipan
Tempat Saguhati semua peserta: RM200 dibahagi sama rata dari kutipan
Bakinya sumbangan kebajikan kepada Akademi darul Huffaz yang mempunyai 350 orang pelajar  RM500 dari kutipan

Oleh itu, saya menwar-warkan berikanlah sokongan hadiah wang tunai sambil meniatkannya sebuah hadiah yang menarik untuk ibubapa kita yang telah kembali ke Rahmatullah, begitu juga adik-beradik, sanak-saudara dan handai taulan serta muslimin & muslimat seluruh alam. Sila viralkan mesej ini di dalam group-group WHATSAPP kenalan anda
Sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan hadiah untuk para pemenang, sila kirim ke akaun yang sama di atas.

SENARAI PESERTA / JUMLAH JUZUK BACAAN
FORM 4
1.Muhammad Adha 2
2.Zulhaziq 1
3.Fathi Ikhwan4
4.Nukman 12
5.Muhammad Azim Iskandar 1
6.Afiq Akmal (belum kemaskini)

FORM 3
7.Harith Nazmi (Special request) 15

FORM 2
8.Nabeel Amudi 1.5
9.Putera Aidil 15
10.Ahmad Zaim 3.5
11.Aiman Aizat 2.5
12.Ibrahim 3
13.Firdaus Raub 5
14.Shahrul Akmal 12
15.Nik Hariz 15
16.Ahmad Adham (belum kemaskini)

FORM 1
17.Akmal A’kif 20#
18.Syed Syazairie 8
19.Amir Mursyid 5
20.Amirul Fakhri (belum kemaskini)
21.Emeer Iman 4.5
22.Amir Zhafran (belum kemaskini)
23.Zulhazim 5
24.Wan Ayman 1.5
25.Ibnu Safar 44*
26.Dini Akmal 11
27.Ikhwan Zainal 15m/s
28.Luqman Ali 4
29.Amir Faiz Zahari 1.5
30.Muhammad Hakim As-Siddiq 16m/s

GURU PENGIRING
31.Ustaz Ridhuan
32.Ustaz Nazir
33.Ustaz Mahyuddin
Ustaz Haris (Belum comfirm)

PEMANDU BAS
34.Abang Aris
35.Abang Mi

Alhamdulillah setakat ini koleksi sumbangan hadiah untuk Jelajah Al-Quran bergerak Siri-2 ini sebanyak RM700

Saya akan kemaskini artikel ini dari masa ke semasa

Ustaz Lokman Shazly Al-Hafiz Bin Dato Seri Azlanii Zaharin

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Phone: +603.8740.4043
Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Malaysia
ADH Head Quarters. No.5-G, Jalan Putra 4
Style switcher RESET
Body styles
Color settings
Link color
Menu color
User color
Background pattern
Background image