xSPMers Intensive Tahfiz
xSPMers tahfiz

xSPMers Intensive Tahfiz

Apply to Course Now

About the Course

PROGRAM INTENSIF TAHFIZ LEPASAN SPM selama 9 bulan ialah program istimewa yang disusun oleh Akademi Darul-Huffaz khas untuk pelajar lepasan SPM lelaki & perempuan (berasingan) yang ingin mendalami pengajian tahfiz sambil menanti kemasukan ke IPT. Program Intensif Tahfiz Lepasan SPM ini juga sesuai sebagai pengisian atau tampungan untuk pelajar tahfiz yang masih mendapati hafazannya berbaki atau masih belum mantap dan sedang menunggu kemasukan ke IPT atau yang ingin mengikuti Program Medic di Mesir atau Program Diploma Tahfiz di IPT.

Kursus ini menawarkan intensif pengajian wajib 10 jam dan 2 jam tambahan setiap hari melainkan Sabtu hanya wajib 7.5 jam & Ahad wajib 2.5 jam. Anda akan memperolehi 60 jam wajib dan 10 jam tambahan menjumlahkan 70 jam seminggu atau 300 jam sebulan atau 2700 jam sepanjang program 9 bulan intensif ini untuk konsentrasi selesa terhadap pemantapan hafazan anda. Anda akan berpeluang dilatih mencapai jumlah bacaan harian sebanyak 15 juz atau seminggu 105 juz atau 450 juz (15 kali khatam) sebulan, 1350 juz (45 kali khatam) selama 3 bulan atau 4050 juz (135 kali khatam) selama program intensif 9 bulan berjalan.

Program Intensif Tahfiz Lepasan SPM mensasarkan pencapaian pelajar kepada purata hafazan 10 juz (1/3 Al-Quran) bahkan mungkin lebih dalam tempoh 9 bulan bergantung kepada disiplin, kesungguhan & asas Al-Quran yang sudah dimiliki oleh pelajar tersebut

JOIN THE COURSE NOW >>

Syarat Kemasukan Program Intensif Tahfiz Lepasan SPM

Pelajar muslim Lepasan SPM lelaki & perempuan yang berminat. ‘First come first serve’.

Kelengkapan Yang Perlu Dibawa

  • Pakaian untuk kelas (Jubah Putih-Lelaki / Jubah Hitam-Perempuan), waktu bebas (Pakaian Bebas Yang Bersopan) & bersukan (Track Suit)
  • Kelangkapan Diri (Berus Gigi, Ubat Gigi, Sabun, Kain Mandi, Tuala & Kelengkapan Tidur: Bantal, Selimut & Alas Tidur)

Tarikh Temuduga

Anda akan dipanggil dalam masa terdekat.

Penyertaan

Terhad kepada 40 orang pemohon pertama sahaja:

20 Lelaki
20 Perempuan

nazeriah.jpg

Saya gembira dan senang belajar di Akademi ini kerana fokus pembelajaran diberi secara individu. Saya boleh berinteraksi secara terus semasa sesi pembelajaran diadakan. Masa pembelajaran juga sangat fleksibel dan ustazah yang mengajar juga sangat berpengetahuan.

Nazeriah Kassim
hazlan.jpg

Akademi ini mempunyai modul pengajian yang menarik disamping kemudahan pelajaran yang kondusif serta lokasi yang sesuai. Guru yang mahir dan kaedah yang menarik serta fleksibel memudahkan pembelajaran mengikut kesesuaian dan matlamat masing-masing. Pelajaran Hafazan secara ‘talaqi’ membolehkan pelajar lebih mantap.

Hazlan
maisarah.jpg

Saya telah mengikuti kursus Penghafazan Juz Amma sejak sebulan setengah lalu. Kini sudahpun menghafaz setengah juz. Saya suka belajar di sini kerana berpeluang menggunakan komputer dengan baik untuk menghafaz. Lagipun macam-macam kemudahan ada di sini.

Maisarah Azli

Lets Get Started…

Style switcher RESET
Body styles
Color settings
Link color
Menu color
User color
Background pattern
Background image