School Holiday Programme
School Holiday programme

School Holiday Programme

Apply to Course Now

About the Course

Akademi Darul Huffaz menawarkan Pakej Pengajian Hafazan Al-Quran Peringkat Asas & Rendah sepanjang cuti sekolah akhir tahun 2016 bermula 7 November 2016 hingga 19 Disember 2016.

Pengambilan A: 7 – 25 Nov 2016 (20 Hari)
Pengambilan B: 28 Nov – 19 Dis 2016 (20 Hari)

Sepanjang program tersebut, pelajar mempunyai 20 hari kehadiran termasuk hari-hari pelajar dibenarkan pulang iaitu pada petang Sabtu hingga petang Ahad.

1st come 1st serve! (50% advance upon comfirmation – not refundable)
Call us at 013-374-8000 / 03-87404043 for inquiry & confirmation

Pemilihan Kursus Program Cuti Sekolah

Pelajar mempunyai pilihan untuk mengikuti kursus-kursus yang telah sedia ditawarkan oleh ADH seperti yang tertera di bawah. Walaubagaimanapun pihak pengurusan ADH akan membantu menentukan tahap mana yang sepatutnya peserta itu berada.

Kursus Asas Hafazan

PERINGKAT ASAS HAFAZAN PERTAMA

KURSUS PERSIJILAN IQRA’ LANGKAH 1-6

Kursus Persijilan Iqra’ Langkah 1-6 adalah sebuah Kursus Peringkat Asas Hafazan yang paling pertama dalam membaca Al-Quran. Di dalam kursus ini, pelajar mesti melalui 6 Langkah. Setelah pelajar berjaya menyempurnakan Iqra’ Langkah 1, dia akan diuji. Jika ujiannya lulus, barulah dia akan dibenarkan maju ke Iqra’ Langkah 2, begitulah seterusnya sehingga selesai Iqra’ Langkah 6. Setelah selesai kesemua langkah, dia akan diuji di semua 6 langkah tersebut, jika lulus, dia layak menerima Sijil Kecermelangan Iqra’ Langkah 1-6. Seterusnya, barulah dia akan dibenarkan untuk mengikuti siri pengajian Kursus Persijilan Asas Tajwid & Kelancaran Juz Al-Quran Ke-30

 

SOALAN LAZIM

Siapakah Yang  Layak Untuk Menduduki Kursus Persijilan Iqra’ Langkah 1-6?

Sesiapa sahaja yang belum tahu lansung membaca Al-Quran dan ingin mempelajarinya secara asas.

Umur peserta Kursus Persijilan Iqra’ Langkah 1-6 yang diterima?

Ianya terbuka sehingga dewasa. Tetapi bagi peserta permulaan, anak-anak yang berumur 4 tahun pun sudah boleh memulakannya bahkan ditekankan.

Berapa cepatkah pelajar dapat menguasai keseluruhan Kursus Persijilan Iqra’ Langkah 1-6 ?

Terpulang kepada beberapa faktor; Komitmen masa pelajar tersebut, komitmen ibu-bapa dan penjaganya, IQ pelajar tersebut, pengetahuan yang telah ada, umurnya, ketaqwaannya terhadap perkara yang makruh & haram, harapannya terhadap Allah, doanya, pemakanannya, rehatnya,  tumpuan pelajar tersebut di dalam kelas dan disiplinnya. Amnya 6 bulan hingga setahun.

PERINGKAT ASAS HAFAZAN KEDUA

KURSUS PERSIJILAN ASAS TAJWID & KELANCARAN JUZ AL-QURAN KE-30

Kursus Persijilan Asas Tajwid & Kelancaran Juz Al-Quran Ke-30 ialah Kursus Peringkat Asas Penghafazan Kedua setelah pelajar selesai mengikuti Kursus Persijilan Iqra’ Langkah 1-6 . Seseorang itu tidak akan dapat menghafaz Al-Quran dengan baik selagi dia tidak dapat menguasai Tajwid Al-Quran. Tajwid Al-Quran ialah pengajian mengenali hukum-hukum bacaan di dalam Al-Quran. Tidak cukup pula syarat untuk menjadi seorang pelajar tahfiz jika dia menguasai Tajwid Al-Quran tetapi bacaannya masih tersangkut-sangkut. Oleh itu, pelajar tersebut mesti menguasai kelancaran di dalam bacaannya. Di dalam kursus ini, pelajar tersebut akan belajar menguasai tajwid dan kelancaran bacaan sekaligus. Jika dia selesai pengajian, dia akan diuji dan jika lulus, dia layak menerima Sijil Kecermelangan Asas Tajwid & Kelancaran Juz Al-Quran Ke-30. Pelajar yang lulus akan disarankan supaya memulakan Kursus Persijilan Penghafazan 30 Surah Terakhir Al-Quran

 

SOALAN LAZIM 

Siapakah Yang  Layak Untuk Menduduki Kursus Persijilan Asas Tajwid & Kelancaran Juz Al-Quran Ke-30?

Pelajar yang telah mendapat Sijil Kecermelangan Iqra’ Langkah 1-6 dan sesiapa yang pengajiannya setaraf dengan kelulusan ini.

Berapakah umur peserta Kursus Persijilan Asas Tajwid & Kelancaran Juz Al-Quran Ke-30 yang diterima?

Ianya terbuka sehingga dewasa. Tetapi bagi peserta permulaan, anak-anak yang berumur 5 tahun pun sudah boleh memulakannya bahkan ditekankan dengan syarat dia telahpun memiliki Sijil Kecermelangan Iqra’ Langkah 1-6.

Berapa cepatkah pelajar dapat menguasai keseluruhan Kursus Persijilan Asas Tajwid & Kelancaran Juz Al-Quran Ke-30 ?

Terpulang kepada beberapa faktor; Komitmen masa pelajar tersebut, komitmen ibu-bapa dan penjaganya, IQ pelajar tersebut, pengetahuan yang telah ada, umurnya, ketaqwaannya terhadap perkara yang makruh & haram, harapannya terhadap Allah, doanya, pemakanannya, rehatnya,  tumpuan pelajar tersebut di dalam kelas dan disiplinnya. Amnya 2 bulan hingga 4 bulan.

PERINGKAT ASAS HAFAZAN KETIGA

KURSUS PERSIJILAN PENGHAFAZAN 30 SURAH TERAKHIR AL-QURAN

Kursus Persijilan Penghafazan 30 Surah Terakhir Al-Quran ialah Kursus Peringkat Asas Penghafazan Ketiga setelah pelajar selesai mengikuti Kursus Persijilan Asas Tajwid & Kelancaran Juz Al-Quran Ke-30.Kursus ini memberi peluang kepada pelajar menerokai alam penghafazan Al-Quran. Kursus ini adalah penilaian hafazan pertama bagi pelajar. Jika dia mampu dan cemerlang di dalam kursus ini, maka bermakna peluang untuk dia menjadi seorang Al-Hafiz sudah cerah. Dari sinilah bakat-bakat terpendam menjadi realiti. Di sinilah guru dapat menilai masa hadapan pelajar tersebut adakah ia boleh menerokai dunia Huffaz.

Tidak sia-sia menghafaz 30 surah terakhir Al-Quran kerana ia adalah surah-surah lazim yang diamalkan di dalam solah. Seorang yang telah menghafaz 30 surah ini sudah boleh dikategorikan sebagai bakal imam yang berbakat. Jumlah 30 surah ini di penilaian Juzu’ Al-Quran adalah bersamaan dengan setengah juz atau ertikata lain, jika pelajar telah berjaya menghafaz 30 surah terakhir ini, sebenarnya dia sudahpun menghafaz 1/60 bahagian Al-Quran.

Di dalam kursus ini, pelajar akan menghafaz dan menguasai 30 surah terakhir iaitu bermula dari surah terakhir sekali, iaitu surah An-Nas sehinggalah ke surah Al-Buruj. Pelajar akan di ajar kaedah menghafaz yang dinamakan Sabaq. Kemudian pelajar akan diajar kaedah Sabqiah iaitu penjagaan pelajaran-pelajaran terbaru. Yang paling menarik, di sinilah Akademi Darul-Huffaz mengintai dan mencari bakat-bakat istimewa untuk di bawa ke persada Negeri seterusnya Kebangsaan dan peringkat Antarabangsa.

Jika dia selesai pengajian, dia akan diuji dan jika lulus, dia layak menerima Sijil Kecermelangan Penghafazan 30 Surah Terakhir Al-Quran. Pelajar yang lulus akan disarankan supaya memulakan Kursus Persijilan Penghafazan Surah Yaasin

 

SOALAN LAZIM 

Siapakah Yang  Layak Untuk Menduduki Kursus Persijilan Penghafazan 30 Surah Terakhir Al-Quran?

Pelajar yang telah mendapat Sijil Kecermelangan Asas Tajwid & Kelancaran Juz Al-Quran ke-30 dan sesiapa yang pengajiannya setaraf dengan kelulusan ini.

Berapakah umur peserta Kursus Persijilan Penghafazan 30 Surah Terakhir Al-Quran yang diterima?

Ianya terbuka sehingga dewasa. Tetapi bagi peserta permulaan, anak-anak yang berumur 5 tahun pun sudah boleh memulakannya bahkan ditekankan dengan syarat dia telahpun memiliki Sijil Kecermelangan Asas Tajwid & Kelancaran Juz Al-Quran ke-30.

Berapa cepatkah pelajar dapat menguasai keseluruhan Kursus Persijilan Penghafazan 30 Surah Terakhir Al-Quran ?

Terpulang kepada beberapa faktor; Komitmen masa pelajar tersebut, komitmen ibu-bapa dan penjaganya, IQ pelajar tersebut, pengetahuan yang telah ada, umurnya, ketaqwaannya terhadap perkara yang makruh & haram, harapannya terhadap Allah, doanya, pemakanannya, rehatnya,  tumpuan pelajar tersebut di dalam kelas dan disiplinnya. Amnya 1 bulan hingga 2 bulan

PERINGKAT RENDAH HAFAZAN KEEMPAT

KURSUS PERSIJILAN PENYEMPURNAAN HAFAZAN JUZ KE-30

Kursus Persijilan Penyempurnaan Hafazan Juz Ke-30 ialah Kursus Peringkat Rendah Penghafazan Keempat setelah pelajar selesai mengikuti Sijil Kecermelangan Penghafazan Surah-Surah Pilihan. Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk menyempurnakan hafazan Juz Al-Quran ke-30 secara keseluruhannya.

Juz ke-30 atau lebih dikenali dengan Juz Amma adalah Juz Al-Quran yang paling kerap di baca di dalam solah-solah jemaah. Walhal ia adalah Juz Al-Quran yang paling susah tetapi kerana ia kerap di dengar dan di baca di dalam solah, kesukarannya tidak terasa lagi. Ini adalah antara mu’jizat Al-Quran

Bagi pelajar yang mengikuti sistem kursus yang disusun oleh Akademi Darul-Huffaz, Kursus Persijilan Penyempurnaan Hafazan Juz Ke-30sudah tidak sukar lagi kerana ia hanya tinggal setengah juz sahaja lagi. Bagi anak Selangor pula, penghafazan 1 Juz membuka peluang untuknya mendapat biasiswa yang ditawarkan oleh Zakat Selangor iaitu RM150 setiap bulan.

Kursus ini memberi peluang kepada pelajar menerokai alam penghafazan Al-Quran dengan lebih mantap. Tidak sia-sia berlatih di dalam kursus ini, sekurang-kurangnya kalaulah pelajar itu tidak mampu menjadi seorang Al-Hafiz, namun dia akan mampu untuk bangun dihadapan Allah dengan bacaan sebanyak 1 Juz.

Jika dia selesai pengajian, dia akan diuji dan jika lulus, dia layak menerima Sijil Kecermelangan Penyempurnaan Hafazan Juz ke-30 dan dia akan di sarankan untuk naik ke peingkat seterusnya iaitu Peringkat Menengah Hafazan

 

SOALAN LAZIM 

Siapakah Yang  Layak Untuk Menduduki Persijilan Penyempurnaan Hafazan Juz Ke-30?

Pelajar yang telah mendapat Sijil Kecermelangan Penghafazan Surah-Surah Pilihan dan sesiapa yang pengajiannya setaraf dengan kelulusan ini.

Berapakah umur peserta Persijilan Penyempurnaan Hafazan Juz Ke-30 yang diterima?

Ianya terbuka sehingga dewasa. Tetapi bagi peserta permulaan, anak-anak yang berumur 7 tahun yang sudah pandai membaca pun sudah boleh memulakannya bahkan ditekankan, dengan syarat dia telahpun memiliki Persijilan PenghafazanSurah-Surah Pilihan atau kebolehan yang seumpamanya.

Berapa cepatkah pelajar dapat menguasai keseluruhan Persijilan Penyempurnaan Hafazan Juz Ke-30 ?

Terpulang kepada beberapa faktor; Komitmen masa pelajar tersebut, komitmen ibu-bapa dan penjaganya, IQ pelajar tersebut, pengetahuan yang telah ada, umurnya, ketaqwaannya terhadap perkara yang makruh & haram, harapannya terhadap Allah, doanya, pemakanannya, rehatnya, tumpuan pelajar tersebut di dalam kelas dan disiplinnya. Tempoh pengajian sekitar 1-2 bulan bulan.

Kursus Rendah Hafazan

PERINGKAT ASAS HAFAZAN KEEMPAT

KURSUS PERSIJILAN PENGHAFAZAN SURAH YAASIN

Kursus Persijilan Penghafazan Surah Yaasin ialah Kursus Peringkat Asas Penghafazan Keempat setelah pelajar selesai mengikuti Kursus Persijilan Penghafazan 30 Surah Terakhir Al-Quran.Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai Hati Al-Quran.

KELEBIHAN SURAH YAASIN. klik di sini

Amalan membaca Yaasin adalah amat masyhor di kalangan umat Islam, seperti yang kita dapati di Malaysia sendiri, adat membaca Yaasin di dalam majlis keagamaan sudah menjadi lumrah.

Kursus ini memberi peluang kepada pelajar menerokai alam penghafazan Al-Quran. Kursus ini adalah penilaian hafazan peringkat pertama bagi pelajar. Jika dia mampu dan cemerlang di dalam kursus ini, maka bermakna peluang untuk dia menjadi seorang Al-Hafiz sudah cerah. Dari sinilah bakat-bakat terpendam menjadi realiti. Di sinilah guru dapat menilai masa hadapan pelajar tersebut adakah ia boleh menerokai dunia Huffaz.

Tidak sia-sia menghafaz Surah Yaasin kerana ia mempunyai banyak kelebihan. Seorang yang telah menghafaz surah ini sudah boleh dikategorikan sebagai bakal imam yang berbakat. Jumlah surah ini di penilaian Juzu’ Al-Quran adalah bersamaan dengan 6 mukasurat sedangkan jumlah mukasurat Al-Quran ialah 604 mukasurat atau ertikata lain, jika pelajar telah berjaya menghafaz surah ini, sebenarnya dia sudahpun menghafaz 1/100 bahagian Al-Quran.

Di dalam kursus ini, pelajar akan di ajar kaedah menghafaz yang dinamakan Sabaq. Kemudian pelajar akan diajar kaedah Sabqiah iaitu penjagaan pelajaran-pelajaran terbaru. Yang paling menarik, di sinilah Akademi Darul-Huffaz mengintai dan mencari bakat-bakat istimewa untuk di bawa ke persada Negeri seterusnya Kebangsaan dan peringkat Antarabangsa.

Jika dia selesai pengajian, dia akan diuji dan jika lulus, dia layak menerima Sijil Kecermelangan Penghafazan Surah Yaasin. Pelajar yang lulus akan disarankan supaya memulakan Kursus Persijilan Penghafazan Surah-Surah Pilihan

 

SOALAN LAZIM 

Siapakah Yang  Layak Untuk Menduduki Kursus Persijilan Penghafazan Surah Yaasin?

Pelajar yang telah mendapat Sijil Kecermelangan Penghafazan 30 Surah Terakhir Al-Quran dan sesiapa yang pengajiannya setaraf dengan kelulusan ini.

Berapakah umur peserta Kursus Persijilan Penghafazan Surah Yaasin yang diterima?

Ianya terbuka sehingga dewasa. Tetapi bagi peserta permulaan, anak-anak yang berumur 6 tahun pun sudah boleh memulakannya bahkan ditekankan, dengan syarat dia telahpun memiliki Sijil Kecermelangan Penghafazan 30 Surah Terakhir Al-Quran.

Berapa cepatkah pelajar dapat menguasai keseluruhan Kursus Persijilan Penghafazan Surah Yaasin ?

Terpulang kepada beberapa faktor; Komitmen masa pelajar tersebut, komitmen ibu-bapa dan penjaganya, IQ pelajar tersebut, pengetahuan yang telah ada, umurnya, ketaqwaannya terhadap perkara yang makruh & haram, harapannya terhadap Allah, doanya, pemakanannya, rehatnya, tumpuan pelajar tersebut di dalam kelas dan disiplinnya. Amnya setengah bulan hingga 1 bulan setengah.

PERINGKAT RENDAH HAFAZAN KETIGA

KURSUS PERSIJILAN PENGHAFAZAN SURAH-SURAH PILIHAN

Kursus Persijilan Penghafazan Surah-surah Pilihan ialah Kursus Peringkat Rendah Penghafazan Ketiga setelah pelajar selesai mengikutiSijil Kecermelangan Terjemah & Tafsir 30 Juz Langkah 1-10Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai rahsia amalan terang hati untuk menghafaz Al-Quran keseluruhannya.

Ramai orang bertanya “Apa amalan terang hati?”. Inilah antara jawapan yang terbaik. Pelajar dilatih untuk menghafal surah Sajdah, Mulk & Dukhan. Ini adalah setelah mereka menghafaz surah Yaasin. Dalam erti kata lain kursus ini mengkehendaki pelajar itu menghafaz keempat surah-surah tersebut. Maka apa kelebihan empat surah ini sehingga dikatakan sebagai sebuah rahsia amalan terang hati untuk menghafaz Al-Quran keseluruhannya. Ia adalah amalan yang dinasihatkan khusus oleh Baginda Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a, kerana suatu masa Saidina Ali mengadu tentang kekusutan fikirannya. Setelah beramal dengan amalan ini beberapa minggu, Saidina Ali r.a merasakan seolah-olah hatinya terbuka luas sehingga terasa amat mudah untuk menghafaz apa juga ilmu yang dipelajari. Kisah Saidina Ali r.a ini diceritakan dengan lengkap bersama doanya di dalam kitab Fadhail Al-Quran karangan Sheikh Maulana Zakariyya r.ah. Kemujaraban amalan ini telah dirasai oleh Shaykh Lokman sendiri sehingga membawa dirinya untuk menghafaz keseluruhan Al-Quran.

Kursus ini memberi peluang kepada pelajar merapatkan dirinya kepada Allah, memohon supaya dibukakan hati untuk menghafaz KitabNya dan memohon supaya dikurniakan bacaan dengan cara yang paling Allah sukai.Kursus ini adalah penilaian hafazan peringkat kedua bagi pelajar. Jika dia mampu dan cemerlang di dalam kursus ini, maka bermakna peluang untuk dia menjadi seorang Al-Hafiz lebih cerah. Dari sinilah bakat-bakat terpendam menjadi realiti. Di sinilah guru dapat menilai masa hadapan pelajar tersebut adakah ia boleh menerokai dunia Huffaz.

Kursus ini memberi peluang kepada pelajar menerokai alam penghafazan Al-Quran dengan lebih mantap. Tidak sia-sia berlatih di dalam kursus ini, sekurang-kurangnya kalaulah pelajar itu tidak mampu menjadi seorang Al-Hafiz, namun dia akan mampu untuk bangun dihadapan Allah dengan bacaan-bacaan surah-surah yang panjang. Dia akan merasai perubahan IQnya selepas berjaya menyempurnakan amalan ini.

Jika dia selesai pengajian, dia akan diuji dan jika lulus, dia layak menerima Sijil Kecermelangan Penghafazan Surah-Surah Pilihan dan dia akan di sarankan untuk memulakan kursus seterusnya iaitu Kursus Penyempurnaan hafazan Juz Ke 30

SOALAN LAZIM 

Siapakah Yang  Layak Untuk Menduduki Persijilan Penghafazan Surah-Surah Pilihan?

Pelajar yang telah mendapat Sijil Kecermelangan Tajwid & Kelancaran 30 Juz Langkah 1-10  atau Sijil Kecermelangan Terjemah & tafsir 30 Juz Langkah 1-10 dan sesiapa yang pengajiannya setaraf dengan kelulusan ini.

Berapakah umur peserta Persijilan Penghafazan Surah-Surah Pilihan yang diterima?

Ianya terbuka sehingga dewasa. Tetapi bagi peserta permulaan, anak-anak yang berumur 7 tahun yang sudah pandai membaca pun sudah boleh memulakannya bahkan ditekankan, dengan syarat dia telahpun memiliki Kursus Persijilan Tajwid & Kelancaran 30 Juz Langkah 1-10 atau kebolehan yang seumpamanya.

Berapa cepatkah pelajar dapat menguasai keseluruhan Persijilan Penghafazan Surah-Surah Pilihan?

Terpulang kepada beberapa faktor; Komitmen masa pelajar tersebut, komitmen ibu-bapa dan penjaganya, IQ pelajar tersebut, pengetahuan yang telah ada, umurnya, ketaqwaannya terhadap perkara yang makruh & haram, harapannya terhadap Allah, doanya, pemakanannya, rehatnya, tumpuan pelajar tersebut di dalam kelas dan disiplinnya. Tempoh pengajian sekitar 1-2 bulan bulan.

PERINGKAT RENDAH HAFAZAN PERTAMA

KURSUS PERSIJILAN TAJWID & KELANCARAN 30 JUZ LANGKAH 1-10

Kursus Persijilan Tajwid & Kelancaran 30 Juz Langkah 1-10 ialah Kursus Peringkat Rendah Penghafazan Pertama setelah pelajar selesai mengikuti Kursus Persijilan Penghafazan Surah Yaasin.Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai pembacaan Al-Quran keseluruhannya dengan bacaan tajwid dan lancar tanpa tersekat-sekat. 

Pelajar diajar untuk membaca secara tartil mengikut tajwid yang sempurna kemudian dilatih untuk membaca dengan rentak laju sehingga membolehkan pelajar tersebut membaca satu juz Al-Quran dengan lancar tanpa tersekat-sekat dalam tempoh 20 minit hingga 30 minit. Kursus ini mengandungi 10 Langkah. Stiap langkah terbahagi kepada 3 juz. Di setiap langkah, pelajar akan memantapkan 3 juz tersebut sehingga mampu membaca dengan baik, lancar tanpa tersekat-sekat  keseluruhan 3 juz tersebut  dalam tempoh 1 jam hinga 1 jam setengah. Jika dia lulus tahap pertama, dia layak untuk menaiki langkah kedua seterusnya sehingga tamat langkah 10. Akhir sekali pelajar tersebut akan berlatih membaca 30 juz Al-Quran secara melihat berterusan dalam sehari dalam tempoh lebih kurang 15 jam.

Kursus ini memberi peluang kepada pelajar menerokai alam penghafazan Al-Quran dengan lebih mantap. Kursus ini adalah penilaian hafazan peringkat kedua bagi pelajar. Jika dia mampu dan cemerlang di dalam kursus ini, maka bermakna peluang untuk dia menjadi seorang Al-Hafiz lebih cerah. Dari sinilah bakat-bakat terpendam menjadi realiti. Di sinilah guru dapat menilai masa hadapan pelajar tersebut adakah ia boleh menerokai dunia Huffaz.

Tidak sia-sia berlatih di dalam kursus ini, sekurang-kurangnya kalaulah pelajar itu tidak mampu menjadi seorang Al-Hafiz, namun dia akan mampu membaca Al-Quran secara keseluruhan dengan baik sekali. Seseorang yang tamat kursus ini bererti dia sudahpun mengkhatamkan Al-Quran sekurang-kurang 50 kali.

Di dalam kursus ini, pelajar akan di ajar kaedah membaca dengan bacaan yang banyak. Anggaran seharian pelajar membaca sekurang-kurangnya 5-10 Juz. Yang paling menarik, di sini juga Akademi Darul-Huffaz mengintai dan mencari bakat-bakat istimewa untuk di bawa ke persada Negeri seterusnya Kebangsaan dan peringkat Antarabangsa.

Jika dia selesai pengajian, dia akan diuji dan jika lulus, dia layak menerima Sijil Kecermelangan Tajwid & Kelancaran 30 Juz Langkah 1-10. Pelajar yang lulus akan disarankan supaya memulakan Kursus Persijilan Terjemah & Tafsir 30 Juz Langkah 1-10

 

SOALAN LAZIM 

Siapakah Yang  Layak Untuk Menduduki Kursus Persijilan Tajwid & Kelancaran 30 Juz Langkah 1-10?

Pelajar yang telah mendapat Kursus Persijilan Penghafazan Surah Yaasin dan sesiapa yang pengajiannya setaraf dengan kelulusan ini.

Berapakah umur peserta Kursus Persijilan Tajwid & Kelancaran 30 Juz Langkah 1-10 yang diterima?

Ianya terbuka sehingga dewasa. Tetapi bagi peserta permulaan, anak-anak yang berumur 6 tahun pun sudah boleh memulakannya bahkan ditekankan, dengan syarat dia telahpun memiliki Kursus Persijilan Penghafazan Surah Yaasin

Berapa cepatkah pelajar dapat menguasai keseluruhan Kursus Persijilan Tajwid & Kelancaran 30 Juz Langkah 1-10 ?

Terpulang kepada beberapa faktor; Komitmen masa pelajar tersebut, komitmen ibu-bapa dan penjaganya, IQ pelajar tersebut, pengetahuan yang telah ada, umurnya, ketaqwaannya terhadap perkara yang makruh & haram, harapannya terhadap Allah, doanya, pemakanannya, rehatnya, tumpuan pelajar tersebut di dalam kelas dan disiplinnya. 4 bulan hingga 6 bulan.

PERINGKAT RENDAH HAFAZAN KEDUA

KURSUS PERSIJILAN TERJEMAH & TAFSIR 30 JUZ LANGKAH 1-10

Kursus Persijilan Terjemah & Tafsir 30 Juz Langkah 1-10 ialah Kursus Peringkat Rendah Penghafazan Kedua setelah pelajar selesai mengikuti Sijil Kecermelangan Tajwid & Kelancaran 30 Juz Langkah 1-10Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai kefahaman makna Al-Quran keseluruhannya.

Pelajar dilatih untuk memahami Al-Quran secara lafziah (perkataan demi perkataan) dengan rujukan Kitab Tafsir. Kefahaman makna Al-Quran akan menjadikan pelajar itu dapat menghayati pembacaannya sekaligus meningkatkan ilmu dan ketaqwaannya. Ayat Al-Quran adalah berulang-ulang, makin banyak pelajar itu menerokai makna Al-Quran , makin mudah dia memahami maknanya. Sebanyak 10 langkah yang perlu dilaluinya. Setiap langkah sebanyak 3 juz. Pelajar akan diuji disetiap langkah sehingga dia dapat menterjemahkan Al-Quran dengan sendirinya.

Kursus ini memberi peluang kepada pelajar menerokai alam penghafazan Al-Quran dengan lebih mantap. Kursus ini adalah penilaian hafazan peringkat kedua bagi pelajar. Jika dia mampu dan cemerlang di dalam kursus ini, maka bermakna peluang untuk dia menjadi seorang Al-Hafiz lebih cerah. Dari sinilah bakat-bakat terpendam menjadi realiti. Di sinilah guru dapat menilai masa hadapan pelajar tersebut adakah ia boleh menerokai dunia Huffaz.

Tidak sia-sia berlatih di dalam kursus ini, sekurang-kurangnya kalaulah pelajar itu tidak mampu menjadi seorang Al-Hafiz, namun dia akan mampu membaca Al-Quran secara keseluruhan dengan memahami maknanya sekali.

Jika dia selesai pengajian, dia akan diuji dan jika lulus, dia layak menerima Sijil Kecermelangan Terjemah & Tafsir 30 Juz Langkah 1-10   dan dia akan di sarankan untuk memulakan kursus seterusnya iaitu Kursus Penghafazan Surah-surah Pilihan

 

SOALAN LAZIM 

Siapakah Yang  Layak Untuk Menduduki Persijilan Terjemah & Tafsir 30 Juz Langkah 1-10?

Pelajar yang telah mendapat Sijil Kecermelangan Tajwid & Kelancaran 30 Juz Langkah 1-10 dan sesiapa yang pengajiannya setaraf dengan kelulusan ini.

Berapakah umur peserta Persijilan Terjemah & Tafsir 30 Juz Langkah 1-10 yang diterima?

Ianya terbuka sehingga dewasa. Tetapi bagi peserta permulaan, anak-anak yang berumur 7 tahun yang sudah pandai membaca pun sudah boleh memulakannya bahkan ditekankan, dengan syarat dia telahpun memiliki Kursus Persijilan Tajwid & Kelancaran 30 Juz Langkah 1-10

Berapa cepatkah pelajar dapat menguasai keseluruhan Persijilan Terjemah & Tafsir 30 Juz Langkah 1-10?

Terpulang kepada beberapa faktor; Komitmen masa pelajar tersebut, komitmen ibu-bapa dan penjaganya, IQ pelajar tersebut, pengetahuan yang telah ada, umurnya, ketaqwaannya terhadap perkara yang makruh & haram, harapannya terhadap Allah, doanya, pemakanannya, rehatnya, tumpuan pelajar tersebut di dalam kelas dan disiplinnya. Tempoh pengajian sekitar 6-12 bulan.

Konsep pengajian ialah ‘1 to 1 basis’ namun begitu, pelajar sentiasa berpeluang untuk berbincang & mentasmi’ bacaan dan hafazan dengan kawan-kawan sepengajian.

Jadual Masa Pengajian

Sepanjang Minggu Dalam Program Cuti Sekolah 2016
Pengambilan A: 7 – 25 Nov (20Hari)
Pengambilan B: 28 Nov – 19  Dis (20Hari)

Fullscreen Mode

Pakej Pengajian Hafazan

ADH menawarkan Pakej Pengajian Hafazan Al-Quran Peringkat Asas & Rendah sepanjang cuti sekolah akhir tahun 2016 bermula 11 November 2016 hingga 20 Disember 2016.

Pengambilan A: 7 – 25 Nov 2016 (20 Hari)
Pengambilan B: 28 Nov – 19 Dis 2016 (20 Hari)

Sepanjang program tersebut, pelajar mempunyai 20 hari kehadiran termasuk hari-hari pelajar dibenarkan pulang iaitu pada petang Sabtu hingga petang Ahad.

1st come 1st serve! (50% advance upon comfirmation – not refundable)
Call us at 013-374-8000 / 03-87404043 for inquiry & confirmation

Hanya Dihadkan Kepada Pelajar Berumur Diantara 6 – 21 Tahun.

nazeriah.jpg

Saya gembira dan senang belajar di Akademi ini kerana fokus pembelajaran diberi secara individu. Saya boleh berinteraksi secara terus semasa sesi pembelajaran diadakan. Masa pembelajaran juga sangat fleksibel dan ustazah yang mengajar juga sangat berpengetahuan.

Nazeriah Kassim
hazlan.jpg

Akademi ini mempunyai modul pengajian yang menarik disamping kemudahan pelajaran yang kondusif serta lokasi yang sesuai. Guru yang mahir dan kaedah yang menarik serta fleksibel memudahkan pembelajaran mengikut kesesuaian dan matlamat masing-masing. Pelajaran Hafazan secara ‘talaqi’ membolehkan pelajar lebih mantap.

Hazlan
maisarah.jpg

Saya telah mengikuti kursus Penghafazan Juz Amma sejak sebulan setengah lalu. Kini sudahpun menghafaz setengah juz. Saya suka belajar di sini kerana berpeluang menggunakan komputer dengan baik untuk menghafaz. Lagipun macam-macam kemudahan ada di sini.

Maisarah Azli
Style switcher RESET
Body styles
Color settings
Link color
Menu color
User color
Background pattern
Background image