Alim and Alimah

Alim and Alimah

Apply to Course Now

silibus-pengajian

About the Course

Pengajian Alim/Alimah adalah Pengajian Agama Islam dan Bahasa Arab.
Tujuannya adalah untuk memahami Al-Quran dan Hadith.
Jangka masa yang diambil untuk Pengajian Alim/Alimah ini biasanya 6 hingga 7 tahun.
Ini adalah jangka masa yang biasanya dilaksanakan di madrasah-madrasah di sekitar Selangor.

Adapun pengakhiran bagi Pengajian Alim/Alimah ini iaitu pada tahun terakhir, akan diadakan majlis Khatam Bukhari bagi pelajar generasi tersebut. Kitab Bukhari adalah Kitab Hadith yang paling sahih selepas Al-Quran.

Walaubagaimanapun, itu adalah madrasah yang khusus hanya mengambil Bidang Pengajian Alim/Alimah sahaja. Adapun di Darul Huffaz, Pengajian Alim/Alimah hanya 2 jam 30 minit sahaja untuk sehari iaitu daripada 8:00 a.m. hingga 10:30 a.m. Ini adalah kerana kita sangat lebih beri perhatian pada Pengajian dalam Bidang Tahfiz.

Adapun di Darul Huffaz, pengakhiran bagi Pengajian Alim/Alimah ini akan di sambungkan dengan Pengajian STAM, iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia. Yang mana sijil ini sangat diperlukan untuk para pelajar ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Diantara Universiti yang terlama didunia, dan pengajiannya adalah pengajian yang bermazhab shafie’.

Silibusnya adalah seperti berikut:-

Kelengkapan Yang Perlu Dibawa

  • Pakaian untuk kelas (Jubah Putih-Lelaki / Jubah Hitam-Perempuan), waktu bebas (Pakaian Bebas Yang Bersopan) & bersukan (Track Suit)
  • Kelangkapan Diri (Berus Gigi, Ubat Gigi, Sabun, Kain Mandi, Tuala & Kelengkapan Tidur: Bantal, Selimut & Alas Tidur)

Tarikh Temuduga

Anda akan dipanggil dalam masa terdekat.

Penyertaan

nazeriah.jpg

Saya gembira dan senang belajar di Akademi ini kerana fokus pembelajaran diberi secara individu. Saya boleh berinteraksi secara terus semasa sesi pembelajaran diadakan. Masa pembelajaran juga sangat fleksibel dan ustazah yang mengajar juga sangat berpengetahuan.

Nazeriah Kassim
hazlan.jpg

Akademi ini mempunyai modul pengajian yang menarik disamping kemudahan pelajaran yang kondusif serta lokasi yang sesuai. Guru yang mahir dan kaedah yang menarik serta fleksibel memudahkan pembelajaran mengikut kesesuaian dan matlamat masing-masing. Pelajaran Hafazan secara ‘talaqi’ membolehkan pelajar lebih mantap.

Hazlan
maisarah.jpg

Saya telah mengikuti kursus Penghafazan Juz Amma sejak sebulan setengah lalu. Kini sudahpun menghafaz setengah juz. Saya suka belajar di sini kerana berpeluang menggunakan komputer dengan baik untuk menghafaz. Lagipun macam-macam kemudahan ada di sini.

Maisarah Azli

Lets Get Started…

Style switcher RESET
Body styles
Color settings
Link color
Menu color
User color
Background pattern
Background image