www.darul-huffaz.com     Towards THE BEST TAHFIZ & SCIENCE ACADEMY IN THE WORLD

AKADEMI DARUL-HUFFAZ

International Tahfiz & Science Academy Malaysia

 

PERINGKAT RENDAH HAFAZAN KEDUA

KURSUS PERSIJILAN TERJEMAH & TAFSIR 30 JUZ LANGKAH 1-10

Kursus Persijilan Terjemah & Tafsir 30 Juz Langkah 1-10 ialah Kursus Peringkat Rendah Penghafazan Kedua setelah pelajar selesai mengikuti Sijil Kecermelangan Tajwid & Kelancaran 30 Juz Langkah 1-10Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai kefahaman makna Al-Quran keseluruhannya.

Pelajar dilatih untuk memahami Al-Quran secara lafziah (perkataan demi perkataan) dengan rujukan Kitab Tafsir. Kefahaman makna Al-Quran akan menjadikan pelajar itu dapat menghayati pembacaannya sekaligus meningkatkan ilmu dan ketaqwaannya. Ayat Al-Quran adalah berulang-ulang, makin banyak pelajar itu menerokai makna Al-Quran , makin mudah dia memahami maknanya. Sebanyak 10 langkah yang perlu dilaluinya. Setiap langkah sebanyak 3 juz. Pelajar akan diuji disetiap langkah sehingga dia dapat menterjemahkan Al-Quran dengan sendirinya.

Kursus ini memberi peluang kepada pelajar menerokai alam penghafazan Al-Quran dengan lebih mantap. Kursus ini adalah penilaian hafazan peringkat kedua bagi pelajar. Jika dia mampu dan cemerlang di dalam kursus ini, maka bermakna peluang untuk dia menjadi seorang Al-Hafiz lebih cerah. Dari sinilah bakat-bakat terpendam menjadi realiti. Di sinilah guru dapat menilai masa hadapan pelajar tersebut adakah ia boleh menerokai dunia Huffaz.

Tidak sia-sia berlatih di dalam kursus ini, sekurang-kurangnya kalaulah pelajar itu tidak mampu menjadi seorang Al-Hafiz, namun dia akan mampu membaca Al-Quran secara keseluruhan dengan memahami maknanya sekali.

Jika dia selesai pengajian, dia akan diuji dan jika lulus, dia layak menerima Sijil Kecermelangan Terjemah & Tafsir 30 Juz Langkah 1-10   dan dia akan di sarankan untuk memulakan kursus seterusnya iaitu Kursus Penghafazan Surah-surah Pilihan 

 

SOALAN LAZIM 

Siapakah Yang  Layak Untuk Menduduki Persijilan Terjemah & Tafsir 30 Juz Langkah 1-10?

Pelajar yang telah mendapat Sijil Kecermelangan Tajwid & Kelancaran 30 Juz Langkah 1-10 dan sesiapa yang pengajiannya setaraf dengan kelulusan ini.

Berapakah umur peserta Persijilan Terjemah & Tafsir 30 Juz Langkah 1-10 yang diterima?

Ianya terbuka sehingga dewasa. Tetapi bagi peserta permulaan, anak-anak yang berumur 7 tahun yang sudah pandai membaca pun sudah boleh memulakannya bahkan ditekankan, dengan syarat dia telahpun memiliki Kursus Persijilan Tajwid & Kelancaran 30 Juz Langkah 1-10

Berapa cepatkah pelajar dapat menguasai keseluruhan Persijilan Terjemah & Tafsir 30 Juz Langkah 1-10?

Terpulang kepada beberapa faktor; Komitmen masa pelajar tersebut, komitmen ibu-bapa dan penjaganya, IQ pelajar tersebut, pengetahuan yang telah ada, umurnya, ketaqwaannya terhadap perkara yang makruh & haram, harapannya terhadap Allah, doanya, pemakanannya, rehatnya, tumpuan pelajar tersebut di dalam kelas dan disiplinnya. Tempoh pengajian sekitar 6-12 bulan.