www.darul-huffaz.com     Towards THE BEST TAHFIZ & SCIENCE ACADEMY IN THE WORLD

AKADEMI DARUL-HUFFAZ

International Tahfiz & Science Academy Malaysia

 

GANJARAN PAHALA SUMBANGAN & DERMA;Klik di sini

Sheikh Lokman menerima sumbangan dari Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Muhyidin Yasin
SUMBANGAN DANA DAN ZAKAT ANDA KEPADA SIAPA?


ADH telah menyediakan ruang untuk menerima sumbangan dana dan zakat.

1: Menampung yuran pelajar-pelajar tempatan & luar negara yang tidak berkemampuan
Sumbangan ini adalah sumbangan bulanan atau sekaligus untuk 1 semester (6 bulan).

Kategori pelajar yang tidak berkemampuan ialah sepenuhnya atau separuh. Ada pelajar yang diterima kemasukkannya tanpa yuran sepenuhnya berdasarkan kepada rekod pengajiannya yang cemerlang dan ada pelajar yang diterima separuh bayaran yuran mengikut kemampuan ibu-bapa dan penjaga kerana mereka di kalangan orang yang tidak berkemampuan
SENARAI PELAJAR YANG MEMERLUKAN BANTUAN BIASISWA SEHINGGA KINI; Sila klik di sini  


2: Peralatan dan kemudahan institusi dan pengajian pelajar
Sumbangan ini tertakluk kepada keperluan semasa ADH di segi peralatan dan kemudahan pengajian pelajar seperti meja dan kerusi, kipas dan lampu, komputer, sistem suara, peralatan kelas, keperluan alat tulis, kelengkapan asrama
dan sebagainya

3: Makan dan minum pelajar
Sumbangan ini meliputi makan pagi, tengahari dan malam pelajar.
Yuran makan yang dikenakan kepada pelajar hanyalah RM2.00 sekali makan pagi & RM3.00 sekali makan tengahari dan RM3.00 untuk makan malam. Ini bermakna seharian makan pagi, tengahari dan malam hanyalah RM8.00 atau sepanjang bulan ialah RM240.00. Sudah tentu RM2.00/RM3.00 adalah amat rendah untuk meliputi sekali makan yang rata-ratanya RM8.00 adalah umum untuk belanja sekali makan. Sumbangan yang diberi adalah untuk menampung kekurangan yang ada seperti sumbangan beras, lauk mentah seperti ikan, ayam, daging, sayur, minyak masak, rempah, upah tukang masak


4: Aktiviti-aktiviti dalaman dan luaran pelajar
Aktiviti-aktiviti dalaman dan luaran pelajar adalah mustahak bagi pelajar kerana ia memberi kesegaran dan perkembangan minda dan jasmani yang sihat. Aktiviti dalaman meliputi aktiviti sukan seperti bolasepak, bola keranjang, pingpong,tae-kwan-do, dart dan seumpamanya. Aktiviti luaran pula seperti berkhemah, berenang, bowling, memanah, air terjun, pertunjukan dan seumpamanya. Sumbangan ini meliputi pembelian alatan aktiviti, tiket, kos perjalanan dan seumpamanya.

5: Lain-lain kebajikan pelajar dan guru
Sumbangan ini meliputi pelbagai perkara yang berbangkit seperti kos hospital dan klinik, pelayaran fisabilillah dan seumpamanya yang bersangkut-paut dengan kebajikan pelajar dan guru ADH.