AKTIVITI
Di samping sibuk dengan pengajian, pihak ADH
sentiasa menitik-beratkan aktiviti-aktiviti sampingan
pelajar sama ada dalaman ataupun luaran. Ini adalah mustahak
kerana pelajar amat memerlukan perkembangan dan
pendedahan minda yang sihat. Dengan aktiviti-aktiviti yang
diadakan ia mampu mengurangkan tekanan perasaan pelajar
sepanjang masa pengajian yang amat membebankan
otak. Seterusnya, apabila kembali dari
aktiviti-aktiviti yang diadakan, pelajar merasa segar dan
bersemangat baru untuk meneruskan pengajian. Pendedahan yang
positif amat mustahak kerana ia mengelakkan pelajar
merasakan mereka ketinggalan dan kekurangan. Mereka mesti
merasakan mereka adalah yang terbaik dan sentiasa bersedia
dengan penerimaan dan penyesuaian dengan masyarakat dan
persekitaran. Ketika pengajian, ketegasan, disiplin dan
tekanan perlu diberi kepada pelajar demi melahirkan Huffaz
yang berkualiti tinggi, namun aktiviti-aktiviti ini
melepaskan mereka dari tekanan-tekanan tersebut lantas
menjadikan mereka insan yang
sentiasa ceria. Aktiviti-aktiviti ini juga
menjadikan perhubungan pelajar dengan guru lebih akrab dan
setia. Secara sedar atau tak sedar, aktiviti-aktiviti ini
akan tersenarai di dalam memori & kenangan pahit &
manis pelajar ketika mereka dewasa nanti.
AKTIVITI-AKTIVITI
SEPANJANG 2008 / 2010
AKTIVITI KHAS DALAMAN Klik Di
Sini
Program Terawih Bersama Penduduk Tempatan,
Penyampaian Sijil, Menerima Lawatan Pelajar Sekolah Lain,
Menyambut Tetamu Dalam & Luar Negara, Menjemput Ulama,
Pertandingan Congkak, Pertandingan Memasak, Majlis
Khatam Al-Quran Dalam Terawih Bersama Penyampaian Duit
Hari-Raya
AKTIVITI AM DALAMAN Klik Di
Sini
Latihan Imam Terawih, Majlis Tahlil &
Yaasin Online, Majlis Khatam 30 Juz Al-Quran Online,
Kebersihan Akademi Darul-Huffaz, Memasak, Bertukang, Dart,
Carom, Pingpong, Tae-kwon-do, Karoake Tilawah, Tilawah
Berkomputer, Ta'lim & Mesyuarat, Membaca
AKTIVITI DI PADANG PRIMA SAUJANA
Klik Di
Sini
Bolasepak, Bola Keranjang,
AKTIVITI KEJIRANAN & KEBAJIKAN KAJANG
Klik Di Sini
Latihan Berda'wah & Bertabligh Dengan
Masyarakat Tempatan, Gotong-Royong Kemasyarakatan Di Tapak
Surau Ar-Raudhah Prima Saujana, Persatuan Penduduk
Tempatan Prima Saujana, Pasar Ramadhan, Pasar Tani, Majlis
Berbuka Puasa, Belajar Memasak Roti, Majlis Tahlil &
Yaasin, Imam Terawih Ramadhan Di Surau Sungai Kantan
AKTIVITI LUARAN Klik Di
Sini
Memanah, Berenang, Bowling, Rekreasi Air Terjun
Di Hutan Lipur Sungai Gabai (Hulu Langat, Selangor),
Rekreasi Air Terjun Di Lata Iskandar (Tapah, Perak),
Gimnasium, Melawat Ladang Teh (Cameron Highlands,
Pahang), Program Da'wah & Tabligh Di
Masjid Jamik Sri Petaling (Kuala Lumpur), Program
Da'wah & Tabligh Di Tanah Rata (Cameron Highlands,
Pahang) Bersama Jemaah Brunei Darussalam, Bacaan
30 Juz Pada Hari Huffaz Di Masjid Negeri Sultan Sallehuddin
(Shah Alam, Selangor), Jalan-Jalan Cari Makan
PERTANDINGAN Klik Di
Sini
Johan Azan & Hafazan OKU Peringkat
Kebangsaan Julai 2008 (Perlis), Hafazan 10
Juz Peringkat Selangor Tajaan Persatuan Tahfiz Selangor
Mei 2008 (Mumtaz Cemerlang), Hafazan Bawah 12 Tahun
Tajaan JAKIM & Persatuan Pelajar-Pelajar
Melayu 25 Oktober 2008 Di Muzium Seni Islam
(Bersebelahan Masjid Negara, Kuala Lumpur)
AKTIVITI LUARAN SAMBIL BELAJAR & REKREASI
DALAM PERANCANGAN Klik Di
Sini
Latihan Perang Ala Komando, Menembak, Karate,
Ski, Menunggang Kuda, Lawatan Taman Botanica & Haiwan,
Lawatan Muzium-Muzium, Lawatan Tempat Bersejarah, Lawatan Ke
Pusat-Pusat Sains, Lawatan Ke Masjid-Masjid Terkemuka,
Lawatan Ke Maahad-Maahad Tahfiz, Lawatan Ke
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi, Mendaki Gunung Riong,
Snorkeling Di Pulau Perhentian & Pangkor,
Berkhemah, Tema Times Square, Wayang Animasi, Memancing, Jet
Ski.
BACK NEXT
|